comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Curi duit tabung masjid RM22, penganggur berdepan hukuman penjara 10 tahun

KUALA TERENGGANU: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu atas pertuduhan mencuri duit tabung masjid sebanyak RM22.

Tertuduh, Suhaidi Abdul Hamid, 45 tahun, mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan ,Majistret Noor Mazrinie Mahmod

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa mencuri duit tabung Masjid Pulau Sekati, Kuala Terengganu .

Kesalahan dilakukan pada 27 Jun lalu jam 9.15 malam.

Perbuatan tertuduh terbongkar melalui rakaman litar tertutup (CCTV) masjid berkenaan yang menunjukkan tertuduh mencuri duit tabung masjid sebelum melarikan diri dengan sebuah motosikal.

Tertuduh ditangkap pada 3 Julai di sebuah pasaraya di Kuala Nerus.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan .

Sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan denda .

Ketika ditangkap tertuduh juga didapati positif dadah dan didakwa di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Mahkamah menetapkan 26 September depan sebagai tarikh jatuh hukum.

Kes dikendali Pegawai Pendakwa, Inspektor Khairi Mohamed Noor.

Manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Loading...
Terkini