KUALA LUMPUR: Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali Chegu Bard didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas dua tuduhan memfitnah dan menghasut untuk merosakkan nama baik Yang di-Pertuan Agong.
Bagaimanapun, Badrul Hisham, 45, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali.
Mengikut pertuduhan, Badrul Hisham didakwa mengeluarkan kenyataan fitnah di mana beliau mempunyai sebab untuk percaya bahawa ia akan merosakkan nama baik Yang di-Pertuan Agong.
Kesalahan didakwa dilakukan di Istana Negara, jam 6 petang pada 22 Januari lalu mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan (KK) yang membawa kepada hukuman penjara hingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan.
Ahli Jawatankuasa Penerangan BERSATU itu turut berdepan tuduhan membuat penerbitan menghasut di Taman Bukit Cheras, di sini, jam 12.15 tengah hari, 6 April lalu.
Pendakwaan mengikut Perenggan 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) yang boleh dihukum di bawah Subseksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan denda tidak lebih RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Chegu Bard direman 2 hari berhubung hantaran di media sosial
- Polis tahan Chegu Bard berhubung kenyataan kasino di Forest City
- Penahanan Chegu Bard tiada kaitan dengan perhimpunan 16 September – Pengarah JSJ
- [VIDEO] Chegu Bard dipanggil polis ekoran hantaran FB
- MCMC sita telefon bimbit milik Chegubard, Salim Iskandar dan Papagomo
- Chegubard, Salim Iskandar dan Papagomo dipanggil MCMC untuk rakaman percakapan esok
- Wahab tuntut RM5 juta daripada Chegubard
- [VIDEO] Dakwaan rasuah projek RTB : Nik Nazmi ambil tindakan undang-undang terhadap Chegubard
- Isu 3R: Chegu Bard didakwa di Mahkamah Sesyen KL hari ini
- Chegu Bard berdepan pendakwaan ikut Akta Hasutan 1948