comscore
Tumpuan :
Mahkamah

CEO GISBH, isteri dan anak antara 19 direman bantu siasatan

Oleh: Fahmi Tajuddin

SHAH ALAM: Ketua Pegawai Eksekutif Global Ikhwan Services And Business Holdings (GISBH) bersama isteri dan anaknya antara 19 individu direman tujuh hari bermula hari ini.

Permohonan reman ke atas individu berusia antara 25 hingga 65 tahun itu dikemukakan di hadapan Majistret Wan Noora Nisa Ngadirin di Mahkamah Majistret di sini.

Kesemua mereka akan dibawa dan ditahan di lokap berpusat Ibu Pejabat Daerah, (IPD) Shah Alam.

Mereka yang terdiri daripada 12 lelaki dan tujuh wanita dipercayai merupakan pemimpin kanan syarikat berkenaan tiba di Bangunan Mahkamah Sultan Abdul Aziz Shah di sini pada kira-kira jam 2.50 petang.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan tangkapan yang dilakukan hasil serbuan jam 5.40 pagi tadi di sebuah premis kediaman di Jalan Imbi, ibu negara.

Media pagi tadi melaporkan tiga lelaki yang mempunyai kaitan dengan GISB mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas 14 pertuduhan melakukan amang seksual kepada kanak-kanak jagaan rumah amal di sebuah Madrasah Tahfiz di Negeri Sembilan.

Mahkamah menetapkan jaminan RM12,000 bagi setiap pertuduhan dan kesemua tertuduh perlu mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan.

Semua tertuduh perlu melapor diri ke balai yang berdekatan, hadir ke mahkamah bagi sebutan semula kes, menyerahkan pasport antarabangsa, tidak dibenarkan untuk berjumpa saksi pendakwaan dan mudah dihubungi oleh pihak berkuasa.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini