BATU PAHAT: Seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hari ini direman tiga hari oleh Mahkamah Majistret di sini, selepas disyaki mengugut mahu menyebarkan video lucah enam pelajar junior lelaki dalam tandas sebuah sekolah menengah di Sri Gading, di sini.
Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Nurasidah A Rahman terhadap suspek lelaki tingkatan lima berusia 17 tahun itu bermula hari ini selari dengan Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (Kanak-kanak).
@buletintv3 Calon SPM direman 3 hari, disyaki rakam, ugut sebar video aksi lucah pelajar Tingkatan 1. #BuletinTV3 #AksiLucah #SPM ♬ original sound – BuletinTV3
Ia juga membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 15 (b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017.
Berdasarkan laporan dibuat, kejadian berlaku sejak Jun lalu dengan suspek dipercayai mengajar kesemua mangsa berusia 13 tahun melakukan aksi lucah dan pada masa sama meminta mereka merakamkan perbuatan itu.
Selepas itu, suspek meminta mangsa menghantar video terbabit kepadanya namun dia sekali lagi meminta kesemua junior terbabit mengulangi perkara sama pada hari lain.
Apabila mangsa enggan menuruti perintah itu, suspek turut mengugut meminta wang jika tidak mahu video itu tersebar kepada umum.
Salah seorang mangsa pernah menyerahkan RM350 kepada suspek kerana takut video terbabit disebarkan dan pada masa sama, mangsa mengadu perkara itu kepada pengurusan sekolah namun tiada tindakan diambil.
Susulan itu, mangsa menceritakan kejadian kepada ibu bapa masing-masing sebelum mereka bertindak membuat laporan di Balai Polis Sri Gading, semalam.
Pada masa sama, polis turut menemui mesej arahan yang dihantar kepada mangsa supaya melakukan aksi terbabit di telefon bimbitnya.
Difahamkan, setakat ini empat daripada mereka sudah membuat laporan terhadap suspek, manakala dua lagi dijangka berbuat demikian dalam masa terdekat.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.