Tumpuan :
Mahkamah

Buruh didakwa lakukan amang seksual terhadap remaja

Mohamad Aiman Afham Zainal A’abidin, 21, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap remaja perempuan. FOTO: NSTP

KOTA BHARU: Seorang buruh didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap remaja perempuan di kawasan hutan Mengkebang, Kuala Krai, Januari lalu.

Tertuduh, Mohamad Aiman Afham Zainal A’abidin, 21, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Mengikit pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual terhadap remaja perempuan berusia 16 tahun ketika kejadian.

Perbuatan itu dilakukan di kawasan hutan Mengkebang, Kuala Krai jam 7.30 malam pada 9 Januari lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah Seksyan 14 Akta yang sama. Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan juga sebat.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Kamarul Hasyime Rosli dan tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan dan menetapkan 10 Mac depan untuk sebutan semula kes.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini