KUALA LUMPUR: Wanita warga China direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes juruwang restoran yang maut ditikam di pusat beli belah di Cheras, 29 November lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, suspek berusia 34 tahun itu direman bermula hari ini hingga 11 Disember.
Terdahulu, suspek ditahan di hadapan kedai serbaneka di KL Sentral pada 4.30 petang semalam.
Rusdi dilaporkan berkata, polis masih mengenal pasti suspek utama serta motif kejadian dengan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.