Tumpuan :
Mahkamah

Buat kandungan palsu keputusan Mesyuarat Raja-Raja, lelaki dipenjara 6 bulan

Johari (berbaju ungu) dibawa ke penjara selepas gagal membayar denda RM30,000 dikenakan Mahkamah Sesyen Sepang hari ini.

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dihukum penjara selama enam bulan selepas gagal membayar denda RM30,000 susulan perbuatannya memuat naik kandungan bersifat palsu di Facebook berhubung keputusan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268.

Tertuduh, Johari Ismail, 67, melakukan kesalahan itu pada 8 Februari lalu.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam kenyataan berkata, Mahkamah Sesyen Sepang mensabitkan kesalahan terhadap tertuduh mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588].

Seksyen itu memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara satu tahun, atau kedua-duanya sekali.

MCMC berkata, Johari ditahan lewat malam tadi sejurus waran tangkap dikeluarkan oleh mahkamah akibat kegagalannya hadir ke prosiding pertuduhan.

Johari dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman bermula hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini