KUALA LUMPUR: Bekas Setiausaha Politik kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin, tiba di Kompleks Mahkamah di sini pagi ini dipercayai untuk berdepan tuduhan rasuah.
Pertuduhan terhadap Sayed Amir Muzzakkir Al Sayed Mohamad, 42, dijangka dikemukakan di hadapan Hakim, Azura Alwi, jam 9 pagi.
Sayed Amir Muzzakkir hadir dengan memakai baju kemeja putih berkot serta berseluar hitam diiringi beberapa individu dilihat masuk ke Mahkamah Sesyen jam 8.50 pagi.
Lelaki itu kelihatan tenang ketika dirakam gambar dan video oleh beberapa pengamal media yang berkumpul sejak jam 8 pagi.
Berita lanjut menyusul
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Anak ditahan, MB Perlis serah kepada SPRM untuk siasat
- [VIDEO] Tempoh reman anak Menteri Besar Perlis dan empat lagi suspek disambung sehari
- Siasatan kes anak MB Perlis dijangka siap minggu depan
- Anak MB Perlis akan didakwa esok – Sumber
- Anak MB Perlis, bekas setiausaha politik didakwa hari ini – SPRM