Oleh: Mohd Ishak Abdillah Ngah
KUALA TERENGGANU: Bekas Pegawai Perancang Bandar dan Desa, Majlis Daerah Besut, dijatuhkan hukuman dua bulan penjara dan didenda RM10,000 oleh Mahkamah Tinggi, hari ini selepas didapati bersalah menerima rasuah RM4,500, enam tahun lalu.
Tertuduh, Zariman Ibrahim, 44 tahun, sebelum ini telah dituduh dengan satu pertuduhan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu atas kesalahan menerima wang rasuah melalui akaun peribadinya daripada Juru ukur, Nor Hashimi Hassan.
Tertuduh kemudiannya membuat rayuan ke Mahkamah Tinggi bersabit kes itu.
Bagaimanapun, rayuan yang dikemukan oleh tertuduh ditolak dan Mahkamah Tinggi mengekalkan sabitan dan hukuman oleh Mahkamah Sesyen.
Hakim Datuk Hassan Ghani menetapkan hukuman penjara ke atas tertuduh bermula hari ini dan jika gagal membayar denda, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tiga bulan.
Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Farah Yasmin Salleh, manakalan tertuduh diwakili peguam Mohd Zamri Md Jail.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.