Tumpuan :
Mahkamah

Bapa didakwa cabul anak

Foto: Bapa didakwa cabul anak

Oleh: Ishak Abdillah Ngah

KUALA TERENGGANU: Seorang pemandu lori dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu atas tuduhan melakukan amang seksual fizikal ke atas anak kandungnya, dua minggu lalu.

Tertuduh yang berusia 40 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta untuk dibicarakan setelah pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman hari ini.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa yang ketika itu berumur 13 tahun 10 bulan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di daerah Dungun pada 6 Januari lalu.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara 20 tahun serta sebat.

Mahkamah menetapkan 15 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Tertuduh dibenar diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin.

Loading...
Terkini