comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Bapa abai 4 anak direman seminggu

Foto hiasan

JOHOR BAHRU: Seorang bapa yang disyaki melakukan pengabaian terhadap empat anaknya berusia dua hingga lapan tahun, direman tujuh hari bermula hari ini.

Perintah reman dibenarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar, Mohamad Ridhwan Syarizal di Mahkamah Majistret Johor Bahru, di sini terhadap lelaki warga tempatan berusia 41 tahun itu.

Ia bagi membolehkan siasatan di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta kanak-kanak 2001 kerana pengabaian kanak-kanak serta Seksyen 182 Kanan Keseksaan dijalankan.

Semalam, Ketua Polis daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan dilaporkan berkata, lelaki terbabit turut membuat satu laporan palsu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri jam 2.40 pagi mendakwa empat anaknya hilang di kawasan Mutiara Rini, di sini.

Namun suspek yang gagal menunjukkan lokasi sebenar dan keterangan didapati mencurigakan dan siasatan mendapati keempat kanak-kanak tersebut berada di rumah isteri suspek dalam keadaan selamat.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini