comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Banduan mengaku miliki mesin cetak wang palsu

FOTO hiasan.

KUALA TERENGGANU: Seorang banduan yang sedang menjalani hukuman penjara selama 35 bulan sejak Disember 2021 kerana memiliki wang palsu, dijatuhi hukuman penjara 15 bulan pula oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini, kerana memiliki mesin pencetak wang palsu.

Keputusan itu dibuat Hakim Nooriah Osman selepas tertuduh, Abdul Hanif Abdullah,30, mengaku bersalah terhadap pertuduhan berkenaan.

Mengikut pertuduhan, Abdul Hanif didakwa memiliki satu unit mesin pencetak dengan tujuan digunakan bagi tujuan pemalsuan mata wang kertas.

Tertuduh mengaku melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di daerah Kuala Berang, Hulu Terengganu, jam 10 malam pada 7 Disember 2021.

Mahkamah mengarahkan hukuman penjara 15 bulan itu bermula daripada tarikh sabitan iaitu hari ini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hanis Nabihah Hizamul-Din, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Ketika ini, tertuduh yang berdepan tiga pertuduhan mengikut Seksyen 489B Kanun Keseksaan sedang menjalani hukuman di Penjara Bentong, Pahang kerana memiliki wang palsu.

Loading...
Terkini