comscore
Tumpuan :
Mahkamah

[VIDEO] Azlan Man mengaku tidak bersalah pertuduhan terima wang haram

 

Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man. – FOTO: NSTP

Oleh Amirulhakim Lokman

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini,  atas lima pertuduhan menerima wang haram berjumlah RM1.06 juta.

Tertuduh 64 tahun, memohon  dibicarakan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Azlan sebelum itu tiba di mahkamah pada kira-kira jam 8.30 pagi.

Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 kerana menerima dana daripada Sri Kedawang Travel & Tours (W) Sdn Bhd serta Aidil Travel & Tours Sdn Bhd.

Wang itu didakwa dimasukkan ke akaun bank Azlan antara Februari 2014 dan Disember 2017.

Mahkamah  membenarkan tertuduh diikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan kes disebut semula   9 Jun depan.

Dua hari lalu, dia mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kangar atas lima pertuduhan berkaitan tuntutan palsu bagi kemudahan cuti seberang laut berjumlah lebih RM1.18 juta antara 2013 dan 2017.

 

Loading...
Terkini