comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Amang seksual budak 7 tahun, warga emas dipenjara 20 bulan

Jusoh Salleh, 78, dijatuhi hukuman penjara 20 bulan kerana kesalahan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan. – FOTO: NSTP

KUALA TERENGGANU: Warga emas dipenjara 20 bulan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan.

Keputusan dibuat Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli selepas tertuduh, Jusoh Salleh, 78, mengaku bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Mahkamah mengarahkan hukuman penjara bermula daripada tarikh sabitan iaitu hari ini.

Selain itu, dia juga diperintah berada dalam pengawasan polis selama setahun sebaik selesai menjalani hukuman.

Jusoh dituduh melakukan perbuatan berkenaan terhadap kanak-kanak berusia tujuh tahun sembilan bulan di sebuah rumah di Hulu Terengganu pada 9.50 pagi, 6 September lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noradila Ab Latif, manakala tertuduh diwakili peguam Najmi Adila Mat Nasir.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini