Tumpuan :
Mahkamah

Alif Teega, isteri akan didakwa di mahkamah hari ini

Pempengaruh, Alif Teega, 30, didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua pertuduhan menyalahgunakan dana awam lebih RM63,000 menerusi dua program infaq, April dan Jun lalu. – FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Pempengaruh, Alif Teega akan didakwa lagi atas kesalahan salah guna dana awam di Mahkamah Sesyen Shah Alam, hari ini.

Selain itu, isterinya, Aisyah Hijanah, 26, juga akan didakwa di mahkamah atas kesalahan sama.

Sebelum ini, media melaporkan Alif Teega didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua pertuduhan menyalahguna dana awam lebih RM63,000 menerusi dua program infaq, April dan Jun lalu.

Artikel berkaitan: ‘Alif Teega’ mengaku tidak bersalah dua pertuduhan seleweng wang infaq lebih RM63,000

Bagaimanapun, Alif atau nama sebenarnya Mohd Hazalif Mohd Hazani, 30, mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dikemukakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Pada Julai lalu, Alif dan isterinya yang juga pempengaruh direman empat hari di Mahkamah Majistret Putrajaya berhubung kesalahan salah guna kuasa untuk mendapatkan suapan.

Turut direman adalah dua lagi lelaki yang disyaki terbabit dalam kes berkenaan.

Perintah reman itu dibuat selepas mahkamah membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan mereka.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini