Tumpuan :
Mahkamah

Ahli perniagaan hina Kerabat Diraja Pahang dituduh esok

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan akan didakwa di Mahkamah Siber di sini esok atas tuduhan menghina Kerabat Diraja Pahang lebih tiga tahun lalu.

Pertuduhan terhadap ahli perniagaan berusia 41 tahun itu akan dibuat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Jabatan Siasatan Jenayah memaklumkan pendakwaan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia itu akan dijalankan jam 9 pagi esok.

Berdasarkan rekod kesalahan, ahli perniagaan terbabit didakwa mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap Kerabat Diraja Pahang menerusi platform Instagram dan Facebook dengan niat mengganggu, memprovokasi dan memfitnah pengadu berusia 33 tahun yang juga Kerabat Diraja Pahang.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini