comscore
Tumpuan :
Mahkamah

ADUN Tronoh Paul Yong Choo Kiong Didapati Bersalah Merogol Pembantu Rumahnya

FOTO: BH Online

IPOH : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong didapati bersalah merogol pembantu rumahnya pada 2019.

Keputusan dibuat Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh sebentar tadi.

Terdahulu Choo Kiong tiba di perkarangan mahkamah berkenaan bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buntong, A Sivasubramaniam.

Sekumpulan penyokong Paul Yong turut kelihatan di perkarangan mahkamah.

Keputusan di akhir kes pembelaan itu disampaikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Wahab Mohamed.

Paul Yong yang juga bekas EXCO kerajaan negeri boleh dihukum penjara hingga 20 tahun dan sebatan.

Media sebelum ini melaporkan, Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong membela diri atas pertuduhan merogol pembantu rumah warga Indonesia, dua tahun lalu.

Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie ke atas tertuduh pada akhir kes pendakwaan.

Loading...
Terkini