comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Adik nampak kakak dirogol, bapa kandung direman 7 hari

BATU PAHAT: Pekerja pemasangan jubin direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana dipercayai merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua anak kandung perempuannya, sejak awal tahun ini.

Perintah reman terhadap suspek berusia 45 dikeluarkan oleh Majistret Suhaila Shafi’uddin yang bermula hari ini bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu.

Suspek dipercayai merogol anak perempuannya berusia 14 tahun di rumah mereka dalam daerah ini sejak Januari lalu.

Namun, perbuatan terkutuk suspek tidak diketahui ahli keluarga termasuk isterinya sehingga pada jam 2.30 petang semalam, salah seorang anaknya yang juga adik mangsa ternampak ketika pulang dari sekolah.

Ketika itu, adik mangsa ternampak suspek melakukan sesuatu terhadap kakaknya melihat melalui tingkap rumahnya.

Sebelum itu, mangsa juga sempat meminta pertolongan sebelum suspek bertindak memakai semula seluarnya.

Difahamkan, ketika kejadian, ibu mangsa tiada di rumah kerana wanita itu berada di kedai jahit di bandar ini.

Mangsa kemudian menceritakan kepada ibunya sebaik pulang ke rumah pada petang hari kejadian, sebelum bertindak membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat, 10 malam hari sama.

Bertindak atas laporan dibuat, polis menjalankan siasatan dan berjaya menahan suspek di sebuah taman perumahan tidak jauh dari lokasi kejadian.

Selain itu, seorang adik bongsunya turut memberitahu dia pernah menjadi mangsa amang seksual fizikal bapa kandungnya.

Susulan itu, mangsa dibawa ke Hopsital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk rawatan dan pemeriksaan mendapati mangsa telah dirogol.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara 20 tahun dan juga sebatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini