comscore
Tumpuan :
Mahkamah

5 ahli keluarga suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram didakwa galak, tanam ideologi IS

JOHOR BAHRU: Lima ahli keluarga lelaki yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram, di sini, 17 Mei lalu, didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas sembilan pertuduhan berasingan, termasuk menggalakkan perbuatan pengganas dengan menanam ideologi keganasan kumpulan pengganas Jemaah Islamiyah (IS).

Tertuduh membabitkan bapa lelaki berkenaan, Radin Imran Radin Mohd Yassin, 62, dan ibunya, Rosna Jantan, 59, yang juga warga Singapura.

Turut didakwa, tiga adik beradik suspek lelaki yang ditembak mati pada 17 Mei lalu, iaitu Radin Romyullah Radin Imran, 34, Farhah Sobrina Radin Imran, 23, dan Mariah Radin Imran, 19.

Radin Imran berdepan empat pertuduhan termasuk Seksyen 130G(a) Kanun Keseksaan (Akta 574) iaitu menggalakkan perbuatan pengganas dengan menanam ideologi keganasan kumpulan pengganas IS.

Fahaman itu didakwa telah disemai kepada semua anggota keluarganya membabitkan Radin Luqman, 21, suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram; isteri serta tiga anaknya.

Anak lelaki sulungnya pula berdepan dua pertuduhan manakala isteri dan dua anak perempuan Radin Imran pula masing-masing hanya berdepan satu pertuduhan.

Loading...
Terkini