comscore
Tumpuan :
Mahkamah

[VIDEO] 4 individu masak mi segera di stesen minyak didenda RM500


RINGKASAN BERITA

Empat individu mengaku bersalah atas pertuduhan mendatangkan bahaya kepada orang lain, iaitu memasak menggunakan dapur gas di kawasan stesen minyak di Genting Highlands, baru-baru ini.

Majistret di Mahkamah Bentong mengarahkan kesemua tertuduh membayar RM500.


Oleh: Nurul Amalina Zainudin

BENTONG: Empat individu termasuk seorang pembantu pergigian dan ejen hartanah mengaku bersalah di Mahkamah Bentong hari ini atas pertuduhan mendatangkan bahaya kepada orang lain.

Majistret Nadhratun Naiem Zainan mengarahkan kesemua tertuduh membayar denda RM500.

Kesemua mereka dituduh bersama-sama mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan.

Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh iaitu Fadhli Zil Ikram Sazalin Isran Ji, 24; Nurfatin Irdina Shahrulnizam, 24; Nur Anis Salleh, 24; dan Nur Azira Azman, 23, pada 12 Mei lebih kurang jam 1.30 pagi didakwa memasak menggunakan dapur gas di dalam kawasan stesen minyak di Taman Cendawan, Genting Highlands, yang merupakan satu perbuatan sebegitu gopoh hingga membahayakan keselamatan diri orang lain.

Pendakwaan dijalankan Muhammad Zamharir Muhammad Zuhid, sementara kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu tular di media sosial sekumpulan lelaki dan wanita memasak mi segera menggunakan dapur gas mudah alih dan menjamu selera di perkarangan stesen berkenaan.

Rakaman dipercayai dibuat sendiri rakan mereka itu, dikecam warga net kerana perbuatan itu boleh mengundang bahaya kerana stesen minyak adalah kawasan sensitif dan mudah terbakar.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Tindakan sekumpulan individu masak mi segera di stesen minyak terima kecaman

Loading...
Terkini