Tumpuan :
Mahkamah

[VIDEO] 3 suspek kes samun bersenjata direman 7 hari

Dua suspek lelaki dan teman wanita direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes samun bersenjata parang di Taman Sri Treh, Selasa lalu.- Foto: NSTP

MUAR: Dua lelaki dan seorang wanita yang disyaki terbabit dalam kes samun bersenjatakan parang di Taman Sri Treh, di sini, pada Selasa lalu hingga tular di media sosial direman tujuh hari bermula hari ini.

Perintah reman sehingga 27 Disember ini dikeluarkan Majisret Suzana Mokhtar bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 395 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, ketiga-tiga mereka berusia 30-an tiba di kompleks mahkamah, di sini, kira-kira 9 pagi dengan kawalan polis.

Dua suspek ditahan kira-kira 9 pagi semalam dalam sebuah kereta di tepi jalan di Sungkai, Perak.

Turut ditahan teman wanita kepada salah seorang suspek yang berada bersama mereka.

Dalam kejadian 6.20 petang Selasa lalu, sebuah keluarga berdepan detik mencemaskan apabila kediaman mereka disamun dua lelaki bersenjata parang serta memakai pelitup muka.

Perbuatan kedua-dua suspek dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di rumah terbabit hingga tular di media sosial.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini