![](https://media.buletintv3.my/2023/07/Zaragoza-1024x538.jpg)
ZARAGOZA: Hujan lebat dan banjir kilat yang membadai Zaragoza, Sepanyol telah mengakibatkan jalan raya pekan berkenaan dinaiki air.
Rentetan bencana itu, kenderaan turut tersangkut dan tidak dapat bergerak.
Rakaman yang dikongsi saksi kejadian menunjukkan arus air bah mengalir deras dan menenggelamkan kenderaan.
Agensi meteorologi turut mengeluarkan amaran tahap kuning berkaitan ribut taufan, namun tiada sebarang kecederaan yang dilaporkan setakat ini.
Polis mengingatkan orang ramai supaya mengelakkan perjalanan yang tidak perlu dan tidak memandu di kawasan yang digenangi air.