MUSCAT: Yemen dan Oman dijangka dilanda Taufan Tej dengan kekuatan angin 140 kilometer sejam Selasa ini.
Setakat petang tadi, Tej dikesan berada kira-kira 500 kilometer di selatan Yemen.
Ia membawa angin kencang 195 kilometer sejam namun dijangka melemah kepada 140 kilometer sejam ketika melanda daratan.
Kekuatannya diramalkan terus menurun kepada 45 kilometer sejam menjelang Khamis ini.
Kedutaan Emiriah Arab Bersatu di Oman antara yang mengeluarkan amaran berhati-hati kepada rakyatnya dan menghubungi kedutaan jika berlaku kecemasan. – Khaleej Times