GAZA: Warga Palestin terutamanya kanak-kanak berdepan situasi kebuluran melampau apabila mereka tidak lagi mempunyai bekalan makanan.
Isu ini adalah permasalahan utama yang membelenggu rakyat Palestin ketika ini, apatah lagi trak bantuan kemanusiaan juga hanya boleh membawa masuk sejumlah kecil bekalan.
Ada anak kecil yang menggigil akibat kelaparan dan ibunya hanya mempunyai setin kacang pis untuk diberikan.
Tahany Nasr yang kini berteduh di kem Rafah mempunyai hanya satu misi, iaitu bagaimanapun untuk mendapatkan makanan dan air setiap hari.
Dia memberitahu berat badan anak-anaknya susut mendadak selain mereka turut mengadu simptom pening ekoran kurang makan.
Tahany turut memberitahu dia telah merayu daripada khidmat masyarakat dan masjid untuk mendapatkan makanan, namun mereka juga sudah kehabisan stok.