comscore
Tumpuan :
Luar Negara

United Thai Nation sertai gabungan Pheu Thai, sepakat namakan Perdana Menteri Thailand

Parti United Thai Nation mengumumkan akan menyertai gabungan diketuai parti Pheu Thai dan mengundi calon perdana menteri daripada parti itu.

Jurucakap United Thai Nation berkata, parti berkenaan bersetuju untuk mengundi calon terbabit selepas Pheu Thai mengesahkan gabungan tidak membabitkan parti yang mahu meminda undang-undang lese majeste.

Sebelum ini, United Thai Nation memaklumkan tidak akan menyertai gabungan itu sekiranya ia disertai sebuah parti yang berpegang kepada dasar mahu meminda undang-undang lese majeste.

Bagaimanapun, United Thai Nation menafikan dakwaan bakal diberikan ganjaran empat jawatan menteri sekiranya memberi sokongan.

Dengan perkembangan terbaru itu, calon perdana menteri daripada parti Pheu Thai dijangka memperoleh sekurang-kurang 314 undi sokongan apabila parlimen Thailand bersidang pada 22 Ogos ini untuk memilih perdana menteri baharu.

United Thai Nation memenangi 23 kerusi pada pilihan raya Mei lalu.

Loading...
Terkini