comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Tujuh pejalan kaki maut dirempuh kereta di Texas

FOTO: Reuters

AMERIKA SYARIKAT: Sekurang-kurangnya tujuh pejalan kaki maut manakala beberapa lagi cedera dilanggar sebuah kereta di Brownsville, Texas

Suspek seorang lelaki yang memandu kenderaan utiliti sukan (suv) telah ditahan.

Kejadian berlaku berhampiran pusat transit gelandangan yang menempatkan kumpulan migran.

FOTO: Reuters

Mangsa dikatakan sedang menunggu bas berdekatan dengan Pusat Ozanam.

Siasatan sedang dijalankan sekiranya pemandu berkenaan di bawah pengaruh alkohol ketika kejadian.

Belum dapat dipastikan sama ada pemandu itu sengaja melanggar kumpulan migran berkenaan atau kenderaannya hilang kawalan.

Brownsville, terletak di sempadan Mexico, menyaksikan peningkatan jumlah pendatang baru-baru ini. – REUTERS

Loading...
Terkini