MEXICO CITY: Seorang polis wanita merisikokan diri menahan sebuah motosikal yang sedang memecut disyaki suspek penyamun di tengah kesibukan sebuah pekan di Mexico City, Mexico.
Rakaman kamera keselamatan di lokasi kejadian memaparkan polis wanita berkenaan menuju ke tengah jalan selepas mengesan perilaku suspek terbabit.
Mangsa bagaimanapun dirempuh dan terseret beberapa meter, manakala suspek turut terjatuh.
Menurut pasukan paramedik, polis wanita itu mengalami kecederaan di kepala dan lutut dan dikejarkan ke hospital.
Keadaan mangsa kini stabil.
Susulan tindakan berani anggota penguatkuasa itu, empat lelaki ditahan dan didakwa menyamun bersenjatakan pisau terhadap mangsa wanita berusia 25 tahun di pekan kecil di Mexico City itu.