GUNSAN: Susulan pelancaran peluru berpandu balistik oleh Korea Utara, tentera udara Korea Selatan dan Amerika Syarikat memulakan latihan udara yang menggabungkan pasukan tentera udara kedua-dua negara berkenaan.
Ia berikutan di tengah-tengah kebimbangan yang semakin meningkat bahawa Korea Utara mungkin sedang menjalankan ujian nuklear.
Latihan itu, yang dipanggil ‘Vigilant Storm’, dijadualkan berlangsung sehingga Jumaat ini dengan lebih 240 pesawat, termasuk F-35A dan F-35B mengambil bahagian.
Dilaporkan Korea Utara melepaskan tiga peluru berpandu balistik jarak dekat ke arah Laut Timur, menurut Ketua Staf Bersama Korea Selatan.
Ketua Turus Bersama berkata salah satu peluru berpandu mendarat di perairan antarabangsa 26 kilometer di selatan sempadan laut timur Korea dan 167 kilometer barat laut pulau Ulleung Korea Selatan.
Pelancaran itu dibuat beberapa jam selepas Korea Utara mengeluarkan ancaman terselindung untuk menggunakan senjata nuklear terhadap latihan ketenteraan berskala besar antara Korea Selatan dan Amerika Syarikat yang sedang berlangsung ketika ini.