comscore
Tumpuan :
Luar Negara

[VIDEO] Tentera Israel serang Hospital Al-Shifa

 

GAZA: Tentera Israel dilapor menyerang Hospital Al Shifa  hari ini dan menggesa anggota kumpulan pejuang Hamas yang kononnya berlindung di hospital itu supaya menyerah diri.

Kurang sejam sebelum itu,  jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza Ashraf al-Qidra memberitahu bahawa Israel memaklumkan ”kami akan menyerbu kompleks hospital Al Shifa dalam beberapa minit akan datang.”

Israel dakwa Hospital Al-Shifa tempat kumpulan pejuang Hamas berlindung. FOTO: Fail Reuters

Qidra berkata pegawai Gaza sudah memaklumkan kepada Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah mengenai amaran Israel itu.

Sebelum ini, Israel menuduh Hamas mempunyai pusat kawalan di Hospital Al Shifa, yang terbesar di Gaza, dan menggunakan hospital serta terowong di bawahnya untuk menyembunyikan operasi ketenteraan dan menahan tebusan.

Hamas bagaimanapun menafikannya.

Selasa lalu, Amerika Syarikat (AS) berkata perisikannya menyokong kesimpulan tentera rejim itu. – REUTERS

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini