Tumpuan :
Luar Negara

Taufan Khanun dijangka landa wilayah tenggara Korea Selatan

Foto: Reuters

SEOUL: Taufan Khanun diramal melanda wilayah tenggara Korea Selatan akhir minggu ini, menurut Pentadbiran Meteorologi Korea (KMA) pada Ahad.

Justeru, negara itu menyeru kepada rakyat untuk mengambil langkah berjaga-jaga terhadap hujan lebat.

Taufan itu dijangka membadai timur laut Okinawa Jepun pada jam 9 pagi dan sedang bergerak 190 kilometer dari pantai timur laut, lapor agensi berita Yonhap, memetik agensi cuaca.

Ia diramal menghala ke utara arah pantai tenggara Semenanjung Korea pada Khamis, dengan kelajuan angin maksimum sehingga 115 kilometer sejam, kata KMA.

Taufan itu diramal melanda kebanyakan bahagian di Korea Selatan, kecuali pantai barat daya Wilayah Jeolla Selatan, menurut KMA.

Hujan dijangka melanda wilayah selatan Busan dan Ulsan, antara lewat Rabu hingga Khamis malam, dengan wilayah Daegu, Wilayah Gyeongsang Utara dan wilayah tengah Wilayah Chungcheong Utara diramalkan mengalami angin kencang. – BERNAMA-YONHAP

Loading...
Terkini