PESHAWAR: Penyerang nekad di sebuah masjid di ibu pejabat polis, di Peshawar, Pakistan dikenal pasti memakai seragam pihak berkuasa itu ketika melancarkan serangan.
Perkembangan mengenai tragedi yang mengorbankan 84 nyawa itu dimaklumkan Ketua Polis Daerah Khyber Pakhtunkhwa, Moazzam Jah Ansari.
Dapatan itu hasil padanan kepala suspek menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), di lokasi kejadian, yang menunjukkan dia mungkin membawa antara 10 hingga 12 kilogram bahan letupan.
Berikutan suspek memakai seragam polis, ia tidak diperiksa oleh anggota keselamatan, dan ia juga dianggap keculasan kakitangan berkenaan.
Kini pihak berkuasa mempergiat siasatan aspek pelanggaran keselamatan yang mungkin berlaku di kawasan dengan kawalan paling ketat.