GENEVA: Presiden Suruhanjaya Kesatuan Eropah (EU) Ursula von der Leyen pada Sabtu berkata, blok itu akan ’segera’ meningkatkan bantuan kemanusiaan untuk penduduk di Gaza.
Suruhanjaya dalam satu kenyataan memaklumkan keputusan itu diambil selepas von der Leyen mengadakan perbincangan dengan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Antonio Guterres, lapor Agensi Anadolu.
“Suruhanjaya akan meningkatkan dana bantuan kemanusiaan sedia ada untuk Gaza sebanyak 50 juta euro (US$52.5 juta) dengan kadar segera. Ini akan menjadikan jumlah keseluruhan melebihi 75 juta euro.
“Kami akan meneruskan kerjasama erat dengan PBB dan agensinya untuk memastikan bantuan ini sampai kepada mereka yang memerlukan di Semenanjung Gaza,” kata beliau. – BERNAMA-ANADOLU