comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Serangan udara ragut lima nyawa rakyat Palestin

FOTO: Reuters

PALESTIN: Sekurang-kurangnya lima rakyat Palestin maut manakala 27 cedera dalam serangan udara Israel dan serbuan ke atas bandar Jenin di Tebing Barat.

Kementerian kesihatan Palestin melaporkan lapan mangsa yang cedera kini dalam keadaan kritikal.

Kepulan asap hitam dan bunyi tembakan kedengaran di bandar itu ketika tentera Israel melancarkan serangan dron buat kali kedua dalam tempoh kurang dua minggu.

Tentera Israel turut melakukan serbuan ke atas bandar itu menggunakan jentolak tentera berperisai dan mengenakan sekatan ke atas kem pelarian Jenin.

Menurut saksi, kediaman milik keluarga Zakaria Ez-Zebidi, seorang komander Briged Syahid Al-Aqsa turut dikepung.

Dalam serangan hari ini, tentera Israel juga bertindak menghalang ambulans yang cuba memindahkan mangsa yang cedera.

Loading...
Terkini