comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Seorang kanak-kanak terbunuh setiap 10 minit di Gaza – WHO

Penduduk Palestin menyelamatkan diri dari serangan rejim Zionis di kem pelarian Maghazi di Semenanjung Gaza. FOTO: Reuters

NEW YORK : Seorang kanak-kanak terbunuh secara purata setiap 10 minit di Semenanjung Gaza, dedah Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus.

Beliau turut memberi amaran bahawa “tiada tempat dan tiada siapa yang selamat” di Gaza.

Tedros berkata, separuh daripada 36 hospital di Gaza dan dua pertiga daripada pusat penjagaan kesihatan utamanya tidak berfungsi dan mereka yang beroperasi di luar kemampuan mereka menggambarkan sistem penjagaan kesihatan sebagai lumpuh.

FOTO: Reuters

“Koridor hospital penuh dengan orang yang cedera, orang sakit dan orang mati.

“Bilik mayat melimpah, pembedahan dibuat tanpa bius dan puluhan ribu orang berlindung di hospital,” katanya kepada 15 anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), pada Jumaat.

Sejak 7 Oktober lalu, WHO mengesahkan lebih daripada 250 serangan dilakukan ke atas penjagaan kesihatan di Gaza dan Tebing Barat. – REUTERS

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini