comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Semua Sekolah Di Shanghai Dibuka Kembali 1 September

SUMBER: AFP

SHANGHAI: Pihak Berkuasa Shanghai, China mengumumkan akan membuka semula semua sekolah rendah, menengah, tadika dan taska bermula 1 September selepas berbulan ditutup susulan COVID-19.

Menurut kenyataan yang diterbitkan Suruhanjaya Pendidikan Perbandaran Shanghai, bandar itu akan mewajibkan semua guru dan pelajar mengambil ujian asid nukleik COVID-19 setiap hari sebelum meninggalkan kampus.

Guru dan pelajar turut dinasihatkan untuk menjalankan pengurusan kesihatan diri selama 14 hari di dalam bandar sebelum pembukaan semula sekolah.

Shanghai menutup semua sekolah pada pertengahan Mac lalu sebelum kawalan pergerakan selama dua bulan untuk memerangi COVID-19 yang teruk pada April dan Mei lalu.

Ia membenarkan beberapa pelajar sekolah menengah kembali ke bilik darjah pada bulan Jun, manakala sebahagian besar yang lain meneruskan pengajian di rumah.

Loading...
Terkini