comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Selepas Korea Selatan dan Jepun, Khanun ‘serang’ Korea Utara pula

Foto: Reuters

KOREA UTARA: Selepas ‘mengganas’ di Korea Selatan, Taufan Khanun kini membadai Korea Utara yang turut membawa ribut petir di republik itu.

Ribut taufan tropika yang turut singgah di Jepun semalam, menyebabkan kemusnahan besar-besaran.

Bencana alam itu meletakkan Pyongyang pada amaran waspada tertinggi banjir.

Agensi berita tempatan dalam pada itu turut melaporkan kesan kemusnahan yang disebabkan Khanun di banyak daerah.

Pegawai kerajaan serta anggota tentera turut dikerah bagi membantu mangsa yang terjejas selain mengurangkan impak ekonomi yang sedang rapuh.

Kekurangan infrastruktur dan aktiviti penebangan balak memburukkan lagi risiko banjir tatkala Korea Utara sedang bersiap-sedia berhadapan cuaca ribut.

Loading...
Terkini