GUYANA: Hanya kerana telefon bimbit dirampas, seorang pelajar perempuan sanggup membakar asrama sekolahnya sehingga meragut 19 nyawa.
Suspek yang turut cedera dalam kebakaran itu, sebelum ini dikenakan tindakan disiplin selepas didapati mempunyai hubungan sulit dengan seorang lelaki berusia.
Dia didakwa ada mengugut untuk membakar bilik asrama dan suspek kemudian bertindak memulakan kebakaran di kawasan bilik air.
Api merebak dengan cepat ekoran struktur bangunan yang diperbuat daripada kayu.
Ramai pelajar gagal menyelamatkan diri ekoran bangunan asrama berkenaan dikunci warden asrama seperti kebiasaannya.
Suspek yang berusia 14 tahun itu kini sedang dirawat di hospital dan bakal dibawa ke pusat tahanan juvana sebaik keluar dari hospital tidak lama lagi.