comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Samseng terkemuka Mafia Itali ditangkap di Argentina ​​​​​​​

GUERNICA: Polis Persekutuan Argentina menahan seorang samseng terkemuka mafia Itali, di pinggir Buenos Aires.

Penangkapan itu dikatakan telah menamatkan usaha pemburuan samseng terbabit selama bertahun-tahun.

Carmine Alfonso Maiorano, seorang pemimpin mafia Ndrangheta Itali berusia 68 tahun, telah ditangkap pada Rabu lalu di bandar Guernica di wilayah Buenos Aires.

Maiorano yang dilahirkan di Itali itu telah dituduh oleh pihak berkuasa antarabangsa dengan menjalankan operasi pengedaran dadah dan penyeludupan senjata antara Amerika Latin dan Eropah.

Pertubuhan Polis Jenayah Antarabangsa, Interpol, menganggap ‘Ndrangheta’ sebagai salah satu organisasi jenayah yang paling meluas dan berkuasa di dunia.

Waran tangkap antarabangsa telahpun dikeluarkan terhadap Maiorano pada 2015, dan Interpol melancarkan usaha menjejak penjenayah itu pada 2020 bagi menumpaskan kumpulan penjenayah itu.

Menurut polis Argentina, Mafia Ndrangheta telah ditubuhkan di Argentina beberapa tahun lalu, dan beroperasi seiring dengan rakan kumpulan penjenayah itu di Albania.

Penjenayah itu kemudiannya diserahkan kepada Mahkamah Jenayah dan Koreksional Persekutuan Argentina. – REUTERS

Loading...
Terkini