comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Rusuhan Hari Pekerja, perarakan bertukar ganas, 3 cedera, 2 ditahan di Chile.

FOTO: Reuters

SANTIAGO: Di Santiago, Chile, sekurang-kurangnya tiga cedera susulan pertempuran antara polis dan kumpulan penunjuk perasaan.

Pihak berkuasa terpaksa melepaskan gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan protes.

Menurut pihak berkuasa, dua individu ditahan kerana disyaki menjadi dalang tunjuk perasaan.

Ketika insiden, keadaan menjadi tidak terkawal apabila sebahagian peserta menggunakan kekerasan dengan melempar batu ke arah pihak polis.

FOTO: Reuters

Perhimpunan terbabit dianjurkan oleh Kesatuan Sekerja Chile yang menuntut kestabilan ekonomi dan pekerjaan serta hak-hak pekerja di negara berkenaan.

Protes turut berlangsung serentak di bandar-bandar utama lain negara itu.

Tuntutan termasuk peningkatan gaji minimum ke 500,000 Peso Chile menjelang 2024, pengurangan hari berkerja dan pelaksanaan cukai terhadap golongan bangsawan.

Loading...
Terkini