comscore
Tumpuan :
Luar Negara

[VIDEO] Rundingan gencatan senjata di Gaza gagal capai kata sepakat berhubung jumlah hari

GAZA: Cadangan gencatan senjata antara Hamas dan Israel yang dibroker Qatar masih gagal mencapai kata sepakat berhubung jumlah hari bagi tempoh itu.

Media al Jazeera yang memetik sumber media Axios melaporkan, Qatar mengemukakan dua cadangan daripada pihak Hamas.

FOTO: Reuters

Cadangan pertama membabitkan pembebasan 18 tahanan wanita dan kanak-kanak oleh Hamas bagi gencatan senjata selama tiga hari.

Cadangan itu bagaimanapun ditolak rejim Israel

Satu lagi cadangan membabitkan gencatan senjata selama lima hari

Ia melibatkan pembebasan 50 tahanan wanita dan kanak-kanak pada hari pertama gencatan senjata bermula

Ini diikuti dengan pembebasan 10 tahanan setiap hari sehingga tempoh gencatan senjata tamat

Manakala pihak Israel pula bersetuju membebaskan beberapa kumpulan tahanan wanita, remaja dan warga emas.

Israel pada masa sama dikatakan bersetuju untuk membenarkan kemasukan sejumlah besar bahan bakar ke Gaza di bawah pemerhatian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB bagi kegunaan hospital dan kedai

Antara lain, kebenaran bagi kemasukan 200 trak bantuan ke Gaza setiap hari dengan kerjasama Mesir.

Rundingan ini bagaimanapun masih terbantut susulan kesukaran berkomunikasi dengan Pemimpin Hamas di Gaza selain serangan ke atas hospital al-Shifa – AXIOS / AL JAZEERA

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini