ARAB SAUDI: Perjanjian berprofil tinggi Cristiano Ronaldo dengan kelab Al Nassr bukan hanya kontrak yang termahal dalam sejarah bola sepak, malah ia turut disertai dengan bonus tambahan.
Ini menyaksikan Ronaldo dikecualikan daripada peraturan ketat Arab Saudi yang tidak membenarkan pasangan belum berkahwin untuk tinggal sebumbung.
Ronaldo, 37 tahun telah menandatangani tawaran dengan pasukan liga Arab dengan gaji tahunan berjumlah A$212 juta.
Pemain kebangsaan Portugal itu yang ditemani teman wanitanya, Georgina Rodriguez bersama kesemua lima anak sewaktu penampilan penuh gilang-gemilang Ronaldo di Riyadh minggu lalu.
Meskipun kemasukan beliau ke negara itu datang dengan halangan ekoran undang-undang Islam yang ketat namun menurut pakar undang-undang, kerajaan Saudi telah bersetuju untuk mengecualikan mereka daripada peraturan perkahwinan itu.