Tumpuan :
Luar Negara

Rompakan kedai emas: Lelaki New York dihukum penjara 30 tahun

FOTO: Reuters

BRIDGEPOR : Seorang lelaki berusia 63 tahun dijatuhi hukuman penjara 30 tahun pada Rabu atas kesalahan merompak sebuah kedai emas Connecticut pada 2020.

Paul Prosano, juga dikenali sebagai Tony Pro berasal dari Brooklyn dijatuhi hukuman penjara, serta tiga tahun pengawasan, selepas merompak barang kemas bernilai US$360,000 dan US$430,000, lapor United Press International (UPI).

Prosano didapati bersubahat dengan dua lagi suspek, Robert Rallo dan Thomas Liberatore untuk merompak kedai Marco Jewellers di Stamford, Conn., pada 28 Mac 2020.

Rallo berjaya diberkas di Pulau Staten dan polis menemui 63 bentuk cincin, lapan gelang, dua pin, anting-anting dan seutas kafling daripada kereta BMW milik Prosano. Pemeriksaan lanjut di kediaman Prosano berjaya menemui 23 pasang anting-anting dan tiga cincin, menurut Jabatan Kehakiman.

Rallo dijatuhi hukuman penjara 40 tahun pada Mac, manakala Liberatore masih menunggu perbicaraan. – BERNAMA-UPI

Loading...
Terkini