AMERIKA SYARIKAT: Ribut Tropika Harold yang melanda Texas mencetuskan banjir kilat dengan amaran puting beliung turut dikeluarkan kepada penduduk.
Harold mula melanda daratan kira-kira jam 10 pagi waktu tempatan dengan kekuatan angin mencecah lebih 107 kilometer sejam.
Media tempatan melaporkan, kira-kira 20,000 penduduk terputus bekalan elektrik.
Angin kencang dan hujan lebat dijangka akan terus membadai selatan Texas ketika Harold bergerak menuju ke arah barat.
Setakat petang tadi, Harold dikesan melepasi sempadan dan kini berada di Mexico.
Utara Mexico dijangka akan menerima taburan hujan lebat melebihi 25 sentimeter. — CNN