Tumpuan :
Luar Negara

Ribuan sertai demonstrasi di Iraq, bantah pembakaran Al-Quran di Sweden

FOTO: Reuters

BAGHDAD: Ribuan penduduk menyertai tunjuk perasaan di Iraq bagi membantah insiden pembakaran Al-Quran oleh pelarian warga Iraq di Stockholm, Sweden dua hari lalu.

Tunjuk perasaan diadakan di hadapan kedutaan Sweden di Baghdad.

Kebanyakan yang hadir adalah penyokong ulamak Syiah terkenal, Moqtada al-Sadr

Mereka mengutuk tindakan biadap itu yang dianggap menghina umat Islam

Pada masa sama mereka mendesak kerajaan Iraq memutuskan hubungan diplomatik dengan Sweden

Ia termasuk tindakan menutup kedutaan dan menghalau duta Sweden dari negara itu. -REUTERS

Loading...
Terkini