CALIFORNIA: Ribuan pekerja hotel di Los Angeles, Amerika Syarikat melancarkan mogok mendesak gaji dan faedah lebih baik bagi sektor pekerjaan mereka.
Demonstrasi itu dilihat permulaan kepada gerakan tunjuk perasaan terbesar insdutri itu dalam sejarah Amerika Syarikat.
Kesatuan, yang mewakili kakitangan sektor hospitaliti termasuk tukang masak dalam satu kenyataan berkata, pekerja bergelut untuk membiayai kehidupan mereka dan melalui episod pembuangan kerja ketika pandemik Covid-19.
Namun kini keuntungan industri itu kembali melonjak.
Media tempatan melaporkan, kontrak kesatuan tamat pada 30 Jun lalu di 62 hotel di selatan California.
Salah sebuah hotel terbesar di Los Angeles mencapai persetujuan dengan kakitangannya sehari sebelum tempoh itu tamat.
Justeru, kesatuan terbabit terus mencari kemudahan dana perumahan dan menuntut gaji lebih baik, selain faedah penjagaan kesihatan, pencen serta jaminan kerja lebih selamat.
Beberapa kawasan di Los Angeles menjadi lokasi demonstrasi berkaitan isu pekerjaan sejak beberapa bulan lalu.