JEPUN: Letupan yang tercetus di sebuah bangunan di tengah-tengah Tokyo mencederakan sekurang-kurangnya empat individu.
Mangsa dilaporkan terdiri daripada dua pejalan kaki dan dua pekerja restoran.
Api berpunca dari tingkat dua bangunan komersial menempatkan restoran di daerah Shimbashi.
Kebakaran yang bermula sekitar 3.20 petang waktu tempatan itu turut disertai dengan satu letupan kuat.
32 trak bomba dikerah ke lokasi kejadian bagi kerja pemadaman api.
Menurut agensi berita Xinhua, mereka terdengar bunyi letupan sewaktu berada sekitar 50 meter dari lokasi kejadian.
Selain cebisan kebakaran berterbangan, bau gas turut dilaporkan memenuhi ruangan yang terbakar.