BAITULMAQDIS: Remaja Palestin berusia 18 tahun maut ditembak dalam ketegangan terbaharu di Tebing Barat.
Menurut kenyataan dikeluarkan Kementerian Kesihatan Palestin, mangsa Usama Adawi maut akibat kecederaan setelah ditembak di perut oleh tentera rejim Israel
Insiden berlaku ketika tentera rejim memburu penduduk yang melemparkan batu ke arah kenderaan tentera berhampiran kem pelarian Al-Aroub di selatan Tebing Barat
Seorang lagi penduduk Palestin cedera dan sedang dirawat di hospital.
Tidak cukup dengan itu, tentera juga dilaporkan melepaskan tembakan gas pemedih mata ke arah penduduk
Hari yang sama turut menyaksikan demonstrasi penduduk Palestin di timur Baitulmaqdis bagi membantah operasi tentera Israel di kem pelarian Shuaafat.