comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Remaja guna pistol datuk, tembak mati rakan sekelas 

BERLIN: Berpura-pura sakit untuk ponteng sekolah, semata-mata hendak mencuri pistol milik datuk.

Ini yang berlaku kepada seorang remaja lelaki Jerman berusia 15 tahun yang didakwa menembak mati rakan sekelasnya, 9 November lalu.

Mirror UK melaporkan, Mateja Zigri memberitahu ibunya dia tidak larat ke sekolah kerana sakit pada hari kejadian.

Ibunya yang berusia 42 tahun kemudian pergi bekerja, meninggalkan anaknya di rumah yang kemudian mencuri kunci kabinet lama datuknya, di kampung halaman mereka di Offenburg, Baden-Württemberg.

Menurut polis, Zigri menemui pistol Beretta M9 separa automatik di dalam kabinet itu dan membawanya ke sekolah keperluan khas Waldback di Vogesen Street dengan niat untuk mencederakan rakan sekelasnya.

Mangsa yang meninggal dunia ialah Pawlos dilaporkan berusia 15 tahun.

Pada mulanya, Zigri menyimbah Pawlos dengan cecair mudah terbakar dipercayai minyak tanah dan cuba membakarnya dengan pemetik api.

Apabila pemetik api tidak berfungsi, Zigri menembak Pawlos dua kali di kepala.

Menurut polis, mangsa meninggal dunia di hospital.

Susulan itu, Zigri ditahan polis.

Siasatan kini dibuka ke atas ibu bapa Zigri selepas mereka meninggalkannya di rumah sendirian dengan pistol di rumah mereka.

“Sudah tentu, kami terbabit sekarang kerana senjata itu datang dari rumah kami.

“Tetapi ia dikunci dengan betul. Kami kini dianggap sebagai keluarga pembunuh. Polis datang untuk menggeledah rumah dua kali.

“Saya juga ditanya dari mana anak saya mendapat cecair mudah terbakar itu. Selain daripada tangki minyak di ruang bawah tanah, saya hanya mempunyai minyak tanah. Itu sudah dibawa pergi,” katanya.– AGENSI

Loading...
Terkini