TEBING BARAT: “Rejim zionis menggunakan kami sebagai perisai mereka”, itu yang dimaklumkan penduduk Jenin, Mutasem Estatia, 40 tahun sewaktu Israel melancarkan serbuan di Tebing Barat tempoh hari.
Tambah Mutasem, tentera Israel itu membawa mereka ke pusat pemeriksaan Jalameh dengan menaiki trak askar.
Bapa kepada enam orang itu berkongsi detik-detik hitam serangan pada hari terbabit yang menyaksikan anggota rejim zionis secara beramai-ramai menceroboh masuk kediaman penduduk Palestin.
Tentera Israel bertindak menghalau penduduk dari rumah mereka selain mengacukan senjata kepada orang ramai selain melakukan penahanan.
Menurut beliau lagi, dia dan beberapa rakannya yang lain menjadi mangsa ‘perisai manusia’ untuk 30 tentera zionis.
Keadaan turut bergolak dan kacau bilau apabila tentera melepaskan tembakan bertubi-tubi.
Meskipun zionis tidak mengambil apa yang mereka mahu, namun 12 penduduk Palestin mati syahid dalam serangan itu.
Rakyat Palestin kemudian beransur-ansur pulang ke kediaman mereka yang telah musnah teruk setelah Israel menghentikan serangan 48 jam dan kemudian melakukan persiapan majlis pengebumian mangsa yang terbunuh.