Tumpuan :
Luar Negara

Rakan mengaji gigit cuping telinga remaja 13 tahun sampai putus 

Keadaan remaja yang cuping telinganya sehingga putus oleh rakan mengaji, dilaporkan stabil . – Foto: Agensi

SURABAYA: Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun di Indonesia putus cuping telinga kiri selepas digigit rakan ketika kedua-duanya sedang mengaji, menurut laporan media tempatan.

Insiden itu berlaku di Kecamatan Bugul Kidul, Kota Pasuruan, Jawa Timur.

Akibat perbuatan suspek, mangsa yang berlumuran darah digegaskan ke hospital.

Ketua Perhubungan Awam Jabatan Polis Kota Pasuruan, M Junaidi berkata, insiden itu berlaku kira-kira jam 4 petang (waktu tempatan) pada Rabu.

Menurutnya, mangsa dan suspek sedang mengikuti kelas mengaji sebelum berlaku pertengkaran.

“Ustaz menyuruh anak muridnya membaca dibaca (tradisi membaca atau melantunkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW).

“Oleh kerana bacaan terlalu panjang, dia membahagikan tugas menyaksikan mangsa dan suspek diminta membacanya secara berganti-ganti.

“Kedua-dua remaja itu juga diminta mendengarkan bacaan masing-masing,” ujar M Junaidi.

Pertengkaran bagaimanapun tercetus apabila si pelaku enggan mendengar bacaan mangsa menyebabkan situasi  menjadi tegang sehingga suspek menggigit cuping telinga rakannya sehingga putus.

“Kejadian ini sudah dilaporkan oleh keluarga mangsa dan kita membuka kertas siasatan.

“Apa pun, kes ini masih diteliti kerana kedua-duanya masih di bawah umur,” katanya. – Agensi

Loading...
Terkini